fbpx
REMAJA yang lahir di bandar mewujudkan generasi kota yang lebih selesa menyambut lebaran di Lembah Klang. – GAMBAR HIASAN

Perantau lebih selesa beraya di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata warga kota yang mempunyai kerjaya atau sudah kematian orang tua di kampung memilih untuk meraikan lebaran di bandar bersama keluarga ekoran sudah bia­sa­ berdepan dengan situasi itu.

Seorang warga kota, Muhammad Syazwan Mohiadin, 26, berkata, dia sekeluarga sudah lama tidak pulang ke kampung di Negeri Sembilan sejak datuk dan neneknya meninggal dunia.

Katanya, dia adik beradik tidak pernah menyambut le­baran dalam suasana kampung sejak dari kecil ekoran bapanya, Mohiadin Bahado, 63, lebih se­lesa meraikannya di Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

“Bapa kini mempunyai pelbagai perusahaan dan hartanah di sekitar ibu negara. Oleh kerana itu kami hidup di bandar sejak kecil dan hanya akan balik kampung untuk menziarahi saudara-mara sahaja.

“Walaupun bosan, namun sekarang semakin meriah sebab keluarga kami bertambah besar kerana ada kakak dan abang yang sudah berkahwin,” katanya yang menganggap Kuala Lumpur adalah kampungnya.

Seorang jururawat, Umi Kalsom, 32, dan juga suami Aslam Hadi, 34, juga sudah biasa menyambut musim perayaan di bandar disebabkan komitmen kerja.

“Sudah terbiasa perlu bertugas tak kira masa termasuk hari raya dan saya tidak kekok bila berjauhan dengan keluarga di kampung di Besut, Terengganu. Sebelum berkahwin, saya jarang balik dan bila bernikah pun sama juga,” katanya yang mempunyai dua anak.

Tambahnya, perayaan di ibu kota menjadi meriah apabila sudah berkeluarga dan mempunyai anak berbanding ketika bujang.

Seorang pekerja swasta, Kevin Eddie, 23, memberitahu, dia sudah empat tahun tidak pulang ke kampung di Tuaran, Sabah atas urusan kerja dan menyambung pengajian di Politeknik Banting, Selangor.

“Tiada masalah menyambut lebaran bersendirian di ibu kota. Jika mahu balik, ia melibatkan kos dan kekangan masa memandangkan saya masih belajar,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN