fbpx

Culik bekas kekasih: Tukang gunting direman 4 hari, positif syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

SHAH ALAM – Seorang tukang gunting rambut yang diberkas semalam selepas menculik bekas kekasih dan anaknya kini direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Shah Alam, M. Mageswary selepas permohonan dilakukan pihak polis.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek berusia 26 tahun itu tidak mempunyai rekod lampau.

“Hasil ujian air kencing dilakukan suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Siasatan kini dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan gara-gara masih memendam cinta, seorang tukang gunting nekad menculik bekas kekasih dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika swasta di U12, di sini sebelum diberkas semalam.

Suspek yang juga seorang penagih dadah itu ditangkap kira-kira pukul 10.10 pagi tadi selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Semasa proses menyerah diri, suspek turut membawa kedua-dua mangsa berusia 33 dan 6 tahun. Kedua beranak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI