fbpx

Banjir Baling: Penduduk dinasihat berpindah jika cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (dua dari kanan) meninjau kawasan terjejas kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang hari ini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

BALING – Semua penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Iboi, Kupang di sini dinasihatkan berpindah segera ke penempatan khas atau pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan jika berlaku hujan lebat atau ribut petir di daerah ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan polis dan menyarankan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai ditempatkan di penempatan khas itu sekiranya berlaku cuaca buruk.

“Dalam perbincangan itu, saya memaklumkan kalau boleh semua orang kampung di kawasan berhampiran sungai harus kita bawa keluar untuk tinggal di satu penempatan yang lebih selamat.

“Ini kerana kita tidak tahu bila air itu akan datang dan bimbang ia berlaku secara mengejut terutama ketika penduduk sedang tidur,” katanya kepada pemberita di pusat media di Kampung Bendang Becah di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat mangsa kepala air dan banjir kilat di PPS SMK Jerai serta kawasan bencana kepala air di Kampung Iboi di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang aspek keselamatan penduduk di kawasan terjejas apabila cuaca di daerah ini diramalkan berlaku ribut petir di satu dua tempat bermula hari ini hingga Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI