TAIPING – Dua remaja maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di KM 206.6 Lebuh Raya Utara-Selatan malam ini.
Jurucakap Bomba Perak berkata, kedua-dua remaja itu, Aiman Adha Mansor, 19, dan Muhammad Afif Haikal Mohamad Rizal, 19, menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 telah terbabas di kawasan tersebut.
“Salah seorang daripada mangsa telah tersepit di antara pembahagi jalan, manakala seorang lagi telah tercampak ke tepi jalan. Pegawai perubatan yang hadir ke lokasi telah mengesahkan kedua -dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting telah mengeluarkan mangsa yang tersepit di antara pembahagi jalan itu.
Kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE














