fbpx
MIKRO plastik yang berada dalam air boleh menjadi ‘rumah’ kepada virus berbahaya.

Virus berbahaya menumpang di plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERDASARKAN satu kajian, penyelidik menemui virus berbahaya boleh kekal berjangkit sehingga tiga hari di dalam air tawar dengan menumpang di plastik.

Virus enterik yang menyebabkan cirit-birit dan sakit perut seperti rotavirus, didapati hidup di dalam air dengan melekat pada mikroplastik, iaitu zarah kecil yang kurang daripada 5 milimeter panjang.

Ketua Penyelidik dari Universiti Stirling, Scotland, Prof. Richard Quilliam berkata, mereka mendapati, virus itu boleh melekat pada mikroplastik dan membolehkannya bertahan di dalam air selama tiga hari atau lebih.

“Ini adalah penyelidikan pertama tentang bagaimana virus boleh berkembang biak di alam sekitar.

“Kami mengunakan kaedah makmal standard untuk menentukan sama ada virus yang terdapat pada mikroplastik di dalam air boleh berjangkit atau sebaliknya,” katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak pasti sejauh mana virus itu boleh bertahan dengan menumpang pada plastik di alam sekitar, tetapi masih hidup dan kekal berjangkit.

Penemuan penyelidikan itu adalah sebahagian daripada projek yang dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Alam Sekitar Semula Jadi.

Ia bagi melihat bagaimana plastik menjadi penumpang kepada bakteria dan virus.

Kertas penyelidikan tersebut yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Pollution menyimpulkan, mikro plastik membolehkan pemindahan patogen di alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN