fbpx

Syarikat penerbangan lancar mogok di serata Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapangan Terbang Heathrow mengalami masalah timbunan bagasi akibat kegagalan sistem. – My London

LONDON – Percutian musim panas di Eropah bertukar  huru-hara tahun ini berikutan mogok besar-besaran oleh pekerja pe­nerbangan di samping masalah kekurangan kakitangan, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Pelancong Britain berdepan masalah seperti  penangguhan jadual, pembatalan pener­bangan dan kehilangan bagasi  di beberapa  lapangan terbang paling sibuk di negara itu sejak bebe­rapa ming­gu lalu.

Lebih banyak isu lain dijangka berlaku selepas kakitangan syarikat penerbangan British Airways di Lapangan Terbang Heathrow membuat keputusan mengadakan piket.

Kira-kira 700 pekerja dilaporkan akan melancarkan mogok antara bulan ini hingga September selepas British Airways gagal membayar potongan gaji 10 peratus  yang dilakukan semasa pandemik.

Namun, situasi  itu tidak ha­nya berlaku di Britain. Pekerja sektor penerbangan di negara Eropah  lain termasuk Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman dan rantau Scandinavia juga merancang untuk mogok.

Selain itu, isu kekurangan pekerja turut menyebabkan masalah  seperti penangguhan jadual penerbangan dan pengurusan bagasi di lapangan terbang di Romania serta Portugal.

Menurut laporan, kakitangan syarikat penerbangan Easyjet akan melancarkan mogok tiga fasa pada bulan ini yang bermula  kelmarin dan hari ini di samping  15 hingga 17 Julai serta 29 hingga 31 Julai ini. 

Kakitangan Ryanair pula berpiket selama tiga hari di Sepanyol yang bermula Khamis lalu hingga semalam. Tindakan mereka menyebabkan penerbangan di 10 lapangan terbang Sepanyol termasuk  Madrid, Malaga, Barcelona, Alicante, Sevilla dan  Palma terjejas.

Mogok serupa diadakan di Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG), Paris dan beberapa lapangan terbang lain.

Pihak berkuasa penerbangan awam Perancis berkata, 17 peratus daripada penerbangan yang telah dijadualkan dibatalkan kelmarin dan banyak lagi dijangka berdepan nasib sama. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI