fbpx

2 suspek rompakan bank di Kanada ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Saanich bergegas ke lokasi kejadian dan menembak mati dua suspek. - CTV News

MONTREAL, KANADA – Dua suspek yang terlibat dalam satu insiden rompakan bank di Kanada ditembak mati semalam, ketika adegan tembak-menembak dengan polis yang turut mengakibatkan enam pegawai cedera, kata pihak berkuasa tempatan.

Tambah pegawai, suspek ketiga bagaimanapun dapat melarikan diri.

“Ini menjadi insiden yang berterusan dengan kehadiran polis yang ramai di kawasan tersebut,” kata Ketua Polis Saanich, Dean Duthie dalam satu sidang akhbar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi (waktu tempatan), dua suspek bersenjata dilaporkan memasuki sebuah bank di Saanich, bandar yang mempunyai sekitar 114,000 penduduk di luar bandar Victoria dalam wilayah British Columbia.

“Beberapa pegawai kami bertindak balas ke lokasi kejadian dan berlakunya tembak-menembak dengan dua suspek bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah polis. 

“Dua suspek itu ditembak mati di tempat kejadian,” kata polis.

Tiada kakitangan bank atau orang awam yang cedera dalam kejadian itu.

Tambah Duthie, beberapa anggota polis kini dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan.

Sehingga lewat kelmarin, tiga anggota yang cedera telah menjalani pembedahan manakala sebilangan yang lain dibenarkan keluar dari hospital.

Sejurus selepas insiden tersebut, satu arahan pengosongan dikeluarkan kepada bangunan-bangunan di sekitar bank berkenaan susulan penemuan bahan letupan di dalam sebuah kenderaan milik suspek. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI