fbpx

Warga emas rugi RM4.3 juta terpedaya sindiket Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian kira-kira RM4.3 juta setelah terpedaya dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya melalui laman sesawang Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bemula pertengahan tahun lalu selepas mangsa berusia 66 tahun yang merupakan pesara kerajaan mengenali suspek.

Katanya, menurut laporan wanita terbabit mendakwa suspek memperkenalkan dirinya sebagai ahli kaji bumi sebuah syarikat cari gali minyak yang tinggal di Amerika Syarikat.

“Sepanjang perkenalan pengadu dan suspek di antara 2 Disember 2021 hingga 31 Mei 2022 pengadu telah diperdaya oleh suspek bersama dua rakan sejenayah dengan pelbagai alasan.

“Ini termasuklah membantu suspek menjelaskan hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan serta kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dikatakan telah membuat pindahan wang sebanyak 190 kali transaksi ke dalam pelbagai akaun bank diberikan suspek dengan jumlah kerugian keseluruhannya bernilai RM4,342,500.

Dalam pada itu Ramli menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu individu tidak dikenali melalui media sosial dan mengingatkan warga berumur yang mempunyai simpanan tidak alpa dengan pujuk rayu orang tidak dikenali.

“Ini kerana selalunya pelaku jenayah menggunakan pelbagai muslihat untuk memujuk dan memperdaya mangsa sehingga semua wang dipindahkan ke akaun pelaku jenayah.

“Dalam kes ini, sebanyak 190 transaksi pindahan wang telah dibuat, ini bermakna mangsa telah diperdaya sebanyak 190 kali untuk memindahkan wangnya dalam tempoh yang pendek,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI