fbpx
Gambar hiasan.

Amaran ribut petir di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pahang malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan ekoran hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di negeri terbabit sehingga pukul 9 malam nanti.

“Hujan lebat serta ribut petir dilihat tertumpu di semua kawasan negeri Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Di Perak pula, kawasan terlibat adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Cuaca buruk yang sama turut meliputi Tanah Tinggi Cameron, Pahang bagi tempoh tersebut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI