fbpx
Terdapat dalam kalangan doktor junior dimaki hamun dan dipaksa bekerja tujuh hari seminggu sekiranya gagal melakukan tugas seperti yang diarahkan oleh doktor senior. – gambar hiasan

Kes buli doktor junior sudah lama berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pihak ber­kenaan perlu membanteras isu buli yang didakwa berlaku sejak sekian lama di kebanyakan hospital terutama melibatkan latihan housemanship (HO).

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar mengakui kejadian buli turut berlaku ketika dia berkhidmat sebagai pengarah kesihatan negeri dan Ahli Majlis Perubatan Malaysia sekitar 2007.

“Ia melibatkan percakapan seperti makian, kata-kata kesat sehingga menjatuhkan maruah dan jeritan. Ada juga yang berbentuk perbuatan seperti memukul, membaling objek dan gangguan seksual.

“Kebanyakan HO yang dibuli cuba memohon untuk bertukar ke hospital lain, berhenti bagi mendapatkan rawatan psikiatri dan ada juga yang cuba membunuh diri,” katanya.

Menurut Zainal, sikap suka membuli hanya membawa kepada kesan negatif termasuk mencalarkan imej perkhidmatan kesihatan.

Tambahnya, suasana tempat kerja yang kurang selesa, waktu bertugas yang panjang, kes yang banyak dan sistem penilaian latihan menjadi antara punca masalah itu berlaku.

“HO wajib menjalani latihan selama dua tahun yang merangkumi enam bidang penugasan bagi melengkapkan mereka dalam amalan rawatan pesakit, prosedur standard dan tatacara pengendalian pesakit.

“Antara tugas HO ialah mengambil darah, melakukan pemeriksaan darah, berurusan dengan jabatan lain termasuk membuat laporan discaj pesakit,” ujarnya.

Tambahnya, perbuatan buli boleh berlaku akibat sifat ego bagi menunjuk kuasa oleh doktor senior atau pakar dalam sesebuah jabatan.

Kejadian buli boleh dikekang dengan melakukan penambahbaikan termasuk menyemak dan mengubah suai sistem latihan HO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN