fbpx

PTP, LPJ beri bantuan kepada 200 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli sukarelawan serta wakil PTP dan LPJ menyampaikan sumbangan makanan dan baucar tunai kepada keluarga yang terjejas di Gelang Patah dan Johor Bahru.

PETALING JAYA – Seramai 200 keluarga kurang berkemampuan di Gelang Patah dan Johor Bahru menerima bantuan berbentuk makanan dan baucar tunai sempena program Tijarah Ramadan dan Pengagihan Bubur Lambuk hari ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dianjurkan oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), ahli Kumpulan MMC dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) sebagai usaha untuk membantu golongan yang masih terjejas selepas pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, Kamaruzaman Munasir berkata, program selama tiga hari itu merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan selama lebih 14 tahun oleh PTP dan LPJ.

“Untuk tahun ini, para sukarelawan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik dan menyampaikan bubur lambuk ini kepada mereka di samping meraikan keceriaan Ramadan.

“Penduduk yang menerima bantuan terdiri daripada Kampung Ladang, Kampung Pok, Kampung Desa Paya Mengkuang, Kampung Tanjung Adang, Kampung Pekajang, Kampung Tiram Duku, Kampung Pulai dan Flat Larkin Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, pihaknya yang berada di bawah naungan Kumpulan MMC sentiasa berada di barisan hadapan untuk melaburkan sumber bagi menjaga kelestarian komuniti dan persekitarannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI