fbpx
Gambar hiasan

Wang KWSP bukan untuk dibangga-bangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sikap riak atau memperagakan sesuatu kemewahan yang diperoleh dan dianggap paling istimewa pada diri disifatkan sebagai satu penyakit rohani paling berbahaya dan tercela bagi orang beriman.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, sifat menunjuk-nunjuk adalah gerbang bagi syaitan untuk memasuki diri hambanya bagi tujuan merosakkan kedudukan di dunia dan akhirat.

Justeru katanya, amalan ter­sebut perlu dihindari ke­rana ber­upaya mencacatkan pahala ibadat dan kebajikan umat Islam terutama pada bulan Ramadan ini.

“Ketika di dunia, seseorang yang suka menonjolkan ‘kelebihan’ dirinya dipandang hina oleh masyarakat, manakala di akhirat nanti akan menyebabkan pahala ibadat dan kebajikannya terhakis serta mengurangkan berat timbangan amalannya ketika dihi­sab di padang Mahsyar nanti.

“Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang di­keluarkan sepatutnya tidak digunakan untuk membazir ataupun semata-mata mempamerkan kemewahan.

“Menggunakan wang tersebut untuk membeli barang-barang mewah adalah tersasar daripada tujuannya yang sebenar dan boleh dianggap menurut nafsu yang merugikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau memberitahu, tujuan kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan sebahagian simpanan tersebut adalah bagi mengatasi kesulitan hidup yang dihadapi terutama disebabkan oleh wabak Covid-19.

“Lagipun wang KWSP yang dikeluarkan itu tidaklah seberapa untuk dibangga-banggakan. Berfikirlah secara matang untuk kepentingan diri dan keluarga dalam jangka panjang.

“Jangan asyik nak bergaya buat seketika, kelak menyesal yang tiada gunanya,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN