fbpx
Keadaan mayat lelaki pejalan kaki dipercayai digilis kenderaan di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik hari ini.-FOTO MEDIA SOSIAL

Mayat mangsa langgar lari atas jalan Gerik-Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Mayat seorang lelaki dipercayai pejalan kaki ditemukan dengan kesan kecederaan parah di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pagi tadi.

Mayat tanpa identiti itu dijumpai di atas jalan laluan Jeli menghala Gerik sekitar pukul 8 pagi, dipercayai digilis kenderaan yang tidak dikenal pasti.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada badan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat yang dipercayai mangsa kejadian langgar lari.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Identiti mangsa tidak dikenal pasti ekoran tiada pengenalan diri dijumpai bersamanya. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN