fbpx
Rider terpaksa menghantar makanan kepada pelanggan yang menggunakan nama samaran. - Gambar hiasan

Pesan nasi guna nama Alex, Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kaki ponteng puasa di negeri ini sanggup me­lakukan apa sahaja untuk makan di siang hari termasuk menggunakan nama dan berperwatakan seperti orang bukan Islam.

Perkara itu didedahkan penghantar makanan yang mengakui mereka tidak menang tangan menghantar tempahan pelanggan termasuk kaki ponteng puasa bermula seawal pukul 10 pagi setiap hari sejak hari pertama Ramadan lalu.

Lokasi penghantaran pula antaranya di kawasan flat, kondominium, teres, bengkel ken­deraan dan tepi jalan di sekitar Bayan Baru dan pusat bandar raya ini.

Seorang rider, Safie Ahmad, 24, berkata, lebih 60 peratus tempahan yang diterimanya terdiri daripada mereka yang beragama Islam berusia 30 tahun ke bawah termasuk wanita berkeluarga dan lelaki bujang.

Menurut lelaki itu, kebanyakan pelanggan memilih me­nempah makanan seperti nasi kandar, nasi campur dan makanan segera.

“Pelanggan wanita tanpa segan silu keluar mengambil makanan dengan ditemani anak kecil, manakala pelanggan lelaki pula biasanya meminta makanan ditinggalkan pada pintu pagar.

“Ada juga yang tidak menyahut salam walaupun pelanggan itu berketurunan Melayu. Ada yang bercakap seperti orang Cina sedangkan wajah mereka adalah sebaliknya selain ada ayat suci al-Quran pada pintu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kata Safie, terdapat pelanggan yang hanya mengeluarkan ta­ngan dan menutup pintu dengan kuat sebaik pesanan dihantar.

Seorang lagi rider yang mahu dikenali sebagai Rahmat, 36, pula memberitahu, dia terpaksa menghantar makanan ke rumah pelanggan muslim pada bulan puasa kerana merupakan kerjaya sepenuh masanya.

“Memang rasa malu setiap kali menghantar tempahan, sepanjang dua tahun ini saya berdepan dengan pelbagai pengalaman termasuk ada yang menggunakan nama orang bukan Islam ketika membuat tempahan pada bulan puasa.

“Nama paling ‘trending’ dan kerap digunakan adalah Ah Chong, Alex, Brian, Muthu, Siva dan Andrian,” katanya.

Jelas Rahmat, sebagai penghantar makanan dia berada dalam dilema untuk meneruskan tugasan tersebut.

“Kami tiada pilihan, jika hantar makanan baru ada duit, tak hantar (tempahan) tak dapat duit,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN