fbpx
Polis kini sedang giat mengesan dua suspek lelaki yang cuba menyamun seorang wanita di Taman Datuk Lela Maharaja Chembong, di sini, 30 March lalu. - Foto IHSAN POLIS

Anak mangsa lempar kerusi, cubaan penyamun berparang gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Polis kini sedang giat mengesan dua suspek lelaki yang cuba menyamun seorang wanita di Taman Datuk Lela Maharaja Chembong, di sini, 30 March lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, mangsa berusia 38 tahun mengalami luka dan sakit di bahagian leher.

Menurutnya, polis menerima maklumat melalui panggilan telefon menyatakan jirannya telah disamun oleh dua lelaki menggunakan sebilah parang dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC warna biru atau hitam pada pukul 9.30 pagi.

“Bertindak ke atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan. Hasil siasatan mendapati penunggang motosikal telah memegang parang, meraba leher mangsa dan cuba untuk menarik rantai leher tetapi telah dihalang oleh anak mangsa dengan membaling kerusi ke arah suspek.

“Suspek telah melarikan diri, namun, polis berjaya mengesan kenderaan yang digunakan melalui semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri berkata, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat atau atau Bilik Gerakan IPD Rembau ditalian 06-6851999.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN