fbpx

Mengaku salah jual media player TX tidak diperakui SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen Kaiyi ketika keluar dari Mahkamah Sesyen, hari ini.

PETALING JAYA – Sebuah syarikat dan pengarahnya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki dan menjual Media Player TX yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dua tahun lalu.

Syarikat itu LC Marketing Network Media Sdn. Bhd. dan pengarahnya, Chen Kaiyi, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah itu selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 26 April ini bagi fakta hukuman dan jatuh hukum.

Mengikut semua pertuduhan syaraikat itu dan pengarahnya didakwa telah ada milikannya dan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu dua  unit Wireless Media Player masing-masing jenama TX3 model TX3 mini-L dan TX6 model TX6H.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kedai menjual komputer Seksyen 14 di sini pukul 12.57 tengahari pada 26 Jun 2020 dan pukul 11 pagi pada 4 Mei 2021 yang didakwa di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan saman.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam proisiding hari ini pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari SKMM Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala syarikat itu dan OKS pula diwakili peguam Jay Moy Wei Juin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI