fbpx

Sindiket penipuan cipta lebih 50 profil menipu mangsa di WeChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh anggota sindiket penipuan diberkas ketika polis melakukan serbuan di sebuah unit kondominium di Mont Kiara, di sini kelmarin.

KUALA LUMPUR – Setiap seorang pekerja perlu mencipta lebih 50 profil setiap hari untuk digunakan di aplikasi WeChat dalam usaha memperdaya mangsa dari negara China.

Itu antara modus operandi yang digunakan sebuah sindiket penipuan online (calling centre) yang akhirnya tumpas selepas Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah dibantu Pakar Analisa Media Sosial, Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia (JSM) Bukit Aman membuat serbuan di sebuah unit kondominium di Mont Kiara, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil serbuan itu, pihak polis berjaya memberkas tujuh suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan, tiga lelaki dan dua wanita warganegara China berumur lingkungan 19 hingga 25 tahun.

“Turut dirampas komputer riba (7), telefon bimbit pelbagai jenama (28), papan kekunci (7), tetikus (7) dan rangkai kunci rumah (1) yang digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Berdasarkan hasil semakan pakar mendapati terdapat unsur-unsur penipuan online melalui media sosial WeChat dipercayai menyasarkan mangsa dari negara China,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek menggunakan profil WeChat yang berbeza bagi tujuan penipuan.

“Jumlah profil WeChat yang akan dibuat setiap hari adalah lebih daripada 50 profil bagi setiap seorang pekerja.

“Seterusnya data setiap kenalan mangsa akan dihantar ke dalam kumpulan WhatsApp yang mana ketua sindiket akan menjalankan proses seterusnya,” katanya.

Jelas beliau, kesemua tangkapan tersebut merupakan pekerja sindiket yang menerima bayaran gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

“Hasil semakan mendapati kumpulan tersebut telah beroperasi sejak Februari lalu dengan menjalankan tugas sebagai pegawai khidmat pelanggan,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek akan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI