fbpx

Shukri Yahaya juara pelumbaan kedua TGR musim kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shukri Yahaya selepas berjaya menamatkan pelumbaan di kedudukan pertama di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

SEPANG – Pelakon, Shukri Yahaya berjaya untuk mendapat podium dalam pelumbaan kedua pusingan pertama di Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) hari ini.

Persaingan dalam pelumbaan musim kelima yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang di sini itu menunjukkan Shukri berjaya meninggalkan Zizan Razak dan Nabil Ahmad di belakang.

Menurut Shukri, rezeki berpihak kepada dia kerana mengambil kesempatan memotong rakan-rakan selebriti lain dalam pelumbaan kategori promosi.

Katanya, dia yang memulakan pelumbaan pada petak permulaan keempat dan menamatkan pelumbaan di kedudukan pertama.

“Dorang (pelumba lain) ada aksi di depan. Saya ambil peluang itu untuk mencelah dan berjaya berada di kedudukan hadapan,” katanya ketika sidang akhbar selepas tamat perlumbaan itu hari ini.

Bagi Zizan Razak pula berkata, dia dalam pelumbaan kedua itu terbabas dan menyebabkan berada di kedudukan belakang berjaya mendapat tempat kedua.

Antara selebriti lain yang turut menyertai kategori promosi TGR musim kelima seperti Janna Nick, Wany Hasrita, Nabila Razali, Khai Bahar, Ahirine Ahiruddin dan Ain Edruce. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI