fbpx

Leclerc mula petak depan di GP Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC berjaya melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan GP Bahrain sebentar tadi untuk memulakan perlumbaan di petak hadapan. - AFP

MANAMA – Pelumba pasukan Ferrari, Charles Leclerc mencipta kejutan selepas merekodkan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain sebentar tadi.

Menerusi catatan masa 1:30.558 saat (s), Leclerc bakal memulakan perlumbaan utama di petak hadapan diikuti juara dunia, Max Verstappen daripada pasukan Red Bull, Max Verstappen manakala rakan sepasukan Leclerc di Ferrari, Carlos Sainz Jr. di petak ketiga.

Pelumba kelahiran Mexico, Sergio Perez yang mewakili Red Bull pula meraih petak keempat, manakala juara dunia tujuh kali daripada Mercedes, Lewis Hamilton melengkapkan carta lima pelumba terpantas pada aksi kelayakan kali ini.

Kata Leclerc, kejayaan meraih petak pertama itu membuka ruang buat pasukannya memulakan saingan pembuka tirai Formula Satu (F1) musim ini dengan langkah kanan.

“Apa yang berlalu sejak dua tahun lepas dengan kritikan demi kritikan sememangnya merentap semangat pasukan.

“Namun, disebabkan ada perubahan teknikal tahun ini telah membuka kembali peluang kami untuk bersaing secara kompetitif dan ia terbukti pada sesi kelayakan kali ini,” kata pelumba kelahiran Monaco itu sebentar tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI