fbpx

Kerja tukang kasut mampu sara 10 beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Bajer membaik pulih kasut pelanggan di premisnya di Jalan Pasar, Bagan Luar, Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Biarpun pe­kerjaan yang dilakukan tidak segah profesion di pejabat, namun sudah cukup memadai bagi seorang tukang kasut untuk membesarkan lapan anaknya yang berusia 4 hingga 27 tahun.

Muhamad Bajer Ismail, 53, atau lebih dikenali sebagai Bajek berkata, dia telah menjadi seorang tukang kasut selama hampir 40 tahun.

Pada mulanya, dia bukan bercita-cita untuk menjadi seorang tukang kasut, sebaliknya ha­nya mahu mencari pendapatan sampingan ketika remaja dahulu.

“Saya mula bekerja sejak berusia belasan tahun lagi de­ngan mengambil upah membantu abang, Ismadi Ismail yang juga seorang tukang kasut disebabkan kami ini berasal daripada keluarga susah.

“Melihatkan pekerjaan itu mampu meraih pendapatan biar­pun tidak lumayan, saya terus belajar sampai mahir dan me­nyambung pekerjaan abang saya sampai sekarang,” katanya di premisnya Bajek Cobbler And Leather Craft di Jalan Pasar, Butterworth di sini kelmarin.

Muhamad Bajer memberitahu, permintaan pelanggan untuk membaiki kasut akan meningkat sekali ganda menjelang musim pe­rayaan berbanding pada hari-hari biasa.

“Kalau hari biasa, saya terima hampir 30 pasang kasut sehari untuk dibaiki, manakala bulan puasa atau musim perayaan pula akan meningkat satu kali ganda daripada jumlah itu.

“Rata-rata pelanggan juga amat berpuas hati dengan hasil kerja saya selama ini sehingga ada antara mereka yang memberi tip.

“Isteri dan seorang anak angkat saya turut membantu membaiki kasut disebabkan banyak tempahan yang perlu disiapkan,” ujarnya.

Selain membaiki pulih kasut, Muhamad Bajer mempelbagaikan kemahiran dengan menghasilkan beg, dompet dan tali pinggang yang kebanyakan diperbuat daripada kulit lembu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI