fbpx

Netizen kecam ibu bapa benar anak-anak bermain debu Gunung Merapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang remaja bermain debu Gunung Merapi yang dimuntahkan gunung berapi itu semalam. - Twitter

JAKARTA – Badan Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) mengeluarkan amaran keras kepada ibu bapa di kawasan berdekatan Gunung Merapi agar tidak membenarkan anak-anak bermain debu letusan gunung tersebut.

Menurut laman berita Suara.com, amaran itu dikeluarkan selepas satu video tular di media sosial menunjukkan seorang remaja bermain debu gunung berapi selepas Gunung Merapi memuntahkan debu panas sejauh lima kilometer minggu ini.

“Jangan dekati atau biarkan anak-anak anda bermain debu gunung berapi yang betebaran di kawasan kediaman.

“Debu itu masih mengandungi lahar panas dan ia boleh membahayakan kesihatan,” tegas BPPTKG di laman Twitter.

Dalam pada itu, netizen turut mengecam ibu bapa yang tidak mengawal tingkah laku anak-anak kerana membiarkan mereka bermain bahan berbahaya itu.

“Anak siapa ini yang dibiarkan main debu gunung berapi tanpa pengawasan? Jangan main-main dan terlalu berani dalam situasi bahaya seperti sekarang,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI