fbpx
KEADAAN sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang remuk dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 61 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan hari ini.

Pemandu maut, dua Toyota Hilux bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Dipercayai akibat kecuaian orang lain seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis sama di Kilometer 61 Jalan Kuantan-Segamat di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa Azemil Atoi,32, dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan.

“Berdasarkan siasatan awal apabila sampai di tempat kejadian sebuah pacuan empat roda dari arah Kuantan ke Segamat secara tiba-tiba terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda dinaiki mangsa.

“Akibat kemalangan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang pacuan empat roda yang masuk ke laluan bertentangan mengalami kecederaan di bahagian kepala,”katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN