fbpx
Gambar hiasan

Malakoff rekod untung bersih RM254.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) merekodkan perolehan berjumlah RM6.46 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, pertumbuhan tiga peratus berbanding RM6.27 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Ia terutamanya disebabkan bayaran tenaga lebih tinggi daripada Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (TBP), pada harga arang batu yang lebih tinggi.

Kumpulan turut merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) sebanyak RM254.5 juta untuk tahun kewangan 2021 berbanding RM286.6 juta tahun sebelumnya.

Penurunan 11.2 peratus itu terutamanya berpunca daripada hapus kira perbelanjaan tertunda Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. (SEV), sumbangan lebih rendah daripada Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd. (TBE) akibat bayaran kapasiti lebih rendah dan kemerosotan aset disebabkan gangguan loji, selain ketiadaan perjanjian penyelesaian TBE bersama Alstom Power System dan GE Power Services (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kemerosotan tersebut bagaimanapun ditampung sumbangan lebih tinggi daripada TBP, Alam Flora Sdn. Bhd. dan pelaburan asing Kumpulan dalam syarikat bersekutu.

Anwar Syahrin

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, prestasi berkenaan membuktikan fokus berterusan dalam mengoptimumkan kecemerlangan operasi merentasi aset sedia ada ketika melaksanakan strategi pertumbuhan.

“Tenaga boleh baharu (RE) dan penyelesaian alam sekitar akan terus menjadi pemacu pertumbuhan Malakoff ketika kami melakukan transisi kepada tenaga lebih bersih dan masa depan ekonomi kitaran.

“Kami telah berjaya mencapai operasi komersial untuk projek bumbung solar bagi Pos Malaysia Bhd., DRB-HICOM Bhd. dan UMW Holdings dengan kapasiti keseluruhan 11 megawatt-power.

“Kumpulan akan terus mempercepatkan pengembangan perniagaan bumbung solar serta bekerjasama dengan klien utama untuk menyokong agenda kelestarian untuk memanfaatkan tenaga daripada sumber hijau,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN