fbpx
Beberapa orang lelaki dewasa dilihat berusaha membantu kanak-kanak berkenaan dengan menarik kuat kepalanya. – Instagram

Budak tersepit kepala pada dua batang tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak di kota Malang, Jawa Timur, berdepan dengan detik-detik cemas apabila kepalanya tersepit pada dua batang tiang di sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan video yang dikongsikan di Instagram, kanak-kanak lelaki itu dilihat menangis kesakitan kerana kepalanya tersepit di antara dua batang tiang di teres sebuah rumah.

Beberapa orang lelaki dewasa dilihat berusaha membantu kanak-kanak berkenaan dengan menarik kuat kepalanya sebelum ia akhirnya berjaya ditarik keluar.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Dilahirkan dua kali,” kata seorang netizen.

“Saya juga pernah alami kejadian ini,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN