fbpx

Menonton TV android terkini bagai dalam pawagam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISTEM terkini yang ada pada TV android keluaran Prism+ ini memberi pengalaman menonton yang lebih mengujakan kepada pengguna.

MUTAKHIR ini, televisyen (TV) Android semakin menjadi pilihan pengguna bukan sahaja di negara ini, malahan di dunia.

Maka, tidak hairanlah banyak syarikat pengeluar TV berlumba-lumba untuk melancarkan peranti tersebut di pasaran.

Sebagai pengeluar yang semakin mendapat perhatian, Prism+ turut tidak ketinggalan untuk berbuat demikian dengan melancarkan TV Android Prism+ Q86 Pro di Malaysia.

TV Android berukuran 86 inci itu dilengkapi dengan reka bentuk inovatif seperti kawasan suara bebas tangan yang membolehkan pengguna mengarah dan melaksanakan fungsi tertentu melalui arahan suara.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan imej ultra terang yang dipertingkatkan melalui gabungan kecerahan, kontras, warna dan perincian untuk menghidupkan suasana hiburan.

Melalui TV Android ini, ia memberikan pengalaman kepada pengguna seolah-olah menonton wayang di pawagam.

Selain itu, palet warna Dolby Vision turut dikembangkan dan menambah warna merentasi julat kecerahan yang lebih luas.

Digandingkan dengan sistem bunyi daripada Dolby Atmos, TV Android berkenaan menawarkan kualiti audio yang lebih jelas.

Dalam pada itu, peranti ini juga menampilkan reka bentuk Zero Bezel yang anggun dan resolusi 4K Ultra HD dengan lampu latar warna kuantum untuk pengalaman tontonan dan hiburan terbaik buat pengguna.

Dijana oleh Sistem Operasi Android (IOS) TV 10.0 dan akses penuh Google Play Store, pengguna boleh memuat turun lebih 5,000 aplikasi yang serasi untuk peranti ini.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi seperti Netflix, Youtube, Amazon Prime, Spotify dan lain-lain lagi di TV Android ini.

Selain itu, TV Android ini juga menyokong fungsi Chromecast yang membolehkan pengguna menghantar kandungan berkualiti tinggi daripada telefon pintar dan komputer riba ke TV mereka dengan mudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI