fbpx
RAMAI peniaga di Pulau Pinang masih menantikan keputusan daripada PBT mengenai pembukaan bazar Ramadan.

Bazar Ramadan sumber rezeki peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Lebih 1,000 peniaga bazar Ramadan di ne­geri ini masih menanti keputusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) Pulau Pinang berhubung pengoperasian bazar Ramadan pada tahun ini meski­pun perlaksanaannya dibenarkan di peringkat kerajaan Pusat.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada peniaga pasar malam dan anak kariah di daerah Barat Daya, Timur laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan serta Seberang Perai Tengah turut berharap agar jawapan pihak terbabit dapat diberikan dengan kadar segera.

Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang (PPPMPP), Mohamad Anuar Awang berkata, pihaknya melahirkan rasa lega dengan jaminan kerajaan berhubung pengoperasian bazar Ramadan kali ini.

Bagaimanapun katanya, apa yang menjadi kebimbangan apabila sehingga kini, masih belum ada khabar ataupun sebarang notis mengenai perlaksanaan operasi di peringkat kerajaan negeri memandangkan bulan Ramadan bakal disambut kurang dua bulan dari sekarang.

“Kami lega dengan pengumuman Perdana Menteri, namun bimbang pula untuk mengetahui keputusan PBT. Sebelum ini, kami akan mendapat maklum balas awal daripada pihak pe­nganjur termasuk cabutan nombor gerai.

“Tetapi tahun ini, masih tiada khabar berita mengenai penganjurannya. Mungkin disebabkan kes jangkitan Covid yang semakin meningkat menjadi punca kelewatan notis dikeluarkan.

“Kami merayu pihak kerajaan negeri memberi jawapan segera kerana kami perlu membuat persiapan awal susulan berdepan isu kekurangan bekalan barangan keperluan terutama minyak peket, ayam dan telur ayam,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, pihak­nya akur dengan sebarang jawapan yang dikemukakan pihak berkenaan, namun keputusan tersebut mestilah bersifat adil dan bertimbang rasa.

“Berniaga di bazar Ramadan merupakan satu-satunya sumber rezeki utama kami dan keluarga menjelang musim perayaan Aidilfitri setiap tahun,” jelasnya yang memaklumkan seramai lebih 800 ahli telah didaftarkan di bawah PPPMPP.

Kosmo! semalam melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan tidak akan menyekat pembukaan bazar Ramadan pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN