fbpx
Boon Chye.

Boon Chye dilantik teraju PKR Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye kini menerajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sebagai pengerusi interim menggantikan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang meletak jawatan.

Keputusan berkenaan dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak yang turut dihadiri Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh berkata, ketiadaan Farhash Wafa walaupun dianggap kehilangan besar tetapi diterima demi kepentingan parti.

Menurut beliau, pelantikan Boon Chye yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu turut disokong kesemua 24 ketua cabang PKR negeri.

“Beliau sebagai pengerusi interim akan meneruskan kesinambungan parti sehingga PKR membuat pemilihan bagi penggal 2022-2025 semasa kongres pada 10 hingga 12 Jun ini.

“Kita hormati keputusan Farhash Wafa untuk bergerak ke hadapan sebagai persediaan untuk memperkuatkan kedudukan PKR di Gombak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya pada Majlis Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Bersama Media yang diadakan di sebuah hotel di sini pagi tadi.

Media semalam melaporkan, Farhash Wafa melepaskan jawatan selaku pengerusi negeri untuk bertanding bagi Ketua Cabang PKR Gombak pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung April ini.

Beliau memimpin PKR Perak sejak 2018 dan disebut-sebut sebagai calon bakal Menteri Besar sekiranya PH berjaya menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Difahamkan, Farhash Wafa telah menyatakan hasrat untuk bertanding di Gombak semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Perak pada Disember tahun lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN