KUALA LUMPUR – Warga kerja dalam sektor kesihatan di negara ini berpeluang memenangi 20 keping wafer emas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM50,000 menerusi Kempen Sektor Kesihatan oleh Bank Rakyat.
Ia terbuka kepada kakitangan sektor kesihatan yang mengambil Pembiayaan Peribadi-i, Kenderaan-i dan Perumahan-i Bank Rakyat sepanjang tempoh kempen bermula 17 Ogos sehingga 30 Oktober depan.
Bank Rakyat menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, kempen tersebut diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada wira dan wirawati sektor kesihatan yang banyak berjasa terutamanya sejak penularan wabak Covid-19.
Jelasnya, sebanyak 10 wafer emas ditawarkan kepada pelanggan Pembiayaan Peribadi-i manakala Pembiayaan Kenderaan-i dan Perumahan-i masing-masing menawarkan lima wafer emas.
“Kami yakin dapat memenuhi keperluan kewangan warga kerja sektor kesihatan menerusi tawaran istimewa bagi produk terlibat, antaranya Pembiayaan Peribadi-i dengan kadar pembiayaan bermula daripada 2.38 peratus setahun dan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.
“Bagi Pembiayaan Kenderaan-i, kadar pembiayaannya bermula daripada 2.65 peratus setahun manakala untuk Pembiayaan Perumahan-i pula, Bank Rakyat menawarkan margin pembiayaan sehingga 110 peratus termasuk Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan,” katanya.
Wafer emas Bank Rakyat untuk kakitangan sektor kesihatan
- Oleh KOSMO!
- 8 September 2020, 9:16 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Rumah dipecah masuk, kerugian cecah RM800,000
9 Mei 2026, 2:25 pm

Warga emas maut dirempuh motosikal ketika lintas jalan
9 Mei 2026, 9:07 am

Baru sebulan keluar penjara, kantoi dulang emas
7 Mei 2026, 6:18 pm

‘Harap kena caj membunuh’
6 Mei 2026, 1:01 pm

Pemandu van ditahan reman tiga hari
6 Mei 2026, 12:04 pm

Kuala Pilah destinasi unik ‘healing’, hab emas kampung
3 Mei 2026, 8:26 am

Pura-pura beli gelang, cincin tunang…
30 April 2026, 4:48 pm

MHS Gold sasar satu juta pengguna aktif
29 April 2026, 6:34 pm






