fbpx

Lelaki tanggal nombor plat selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tindakan seorang lelaki ‘membuka dan mengambil’ nombor pendaftaran sebuah kenderaan dipercayai telah melanggarnya.

PETALING JAYA – Kebiasaannya, jika terlibat dalam kemalangan, nombor pendaftaran kenderaan dan lokasi kejadian adalah maklumat penting yang akan diambil.

Ada yang ambil gambar dan ada yang catat bagi memudahkan proses membuat laporan.

Melalui sebuah perkongsian di laman sosial milik @RedwanJanda, kelihatan seorang lelaki sedang memeriksa bahagian sisi kereta miliknya dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta lain.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit dengan ‘kering’ telah menanggalkan dan mengambil nombor plat kenderaan berkenaan.

Difahamkan, klip video berdurasi tujuh saat itu dirakam di sebuah lebuh raya di Sungai Buloh, namun lokasi tepat dan tarikh ia dirakam tidak dapat dipastikan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial terhibur dan memberikan pelbagai reaksi.

“Tak payah susah-susah penuhkan memori telefon dengan nombor plat,” kata Mojamojacko.

“Mungkin telefon dia habis bateri, pen dan kertas takda nak salin, cabut terus senang cerita,” ujar Mekja. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI