fbpx

Sijil vaksinasi palsu: 6 lagi individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Enam individu disyaki pelanggan sijil vaksinasi palsu yang dipercayai didalangi seorang doktor klinik swasta ditahan reman selama tiga hari sehingga lusa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, perintah reman itu dibenarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang pada hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu, kesemua lelaki yang berusia dalam lingkungan 35 hingga 57 tahun ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu kelmarin.

“Sebelum ini mereka mendakwa tidak menerima sijil vaksinasi Covid-19 masing-masing walaupun sudah membuat pembayaran terhadap suspek utama (doktor).

“Sehubungan itu, enam lelaki itu telah dipanggil memberi keterangan di IPK Terengganu malam tadi sebelum kita memohon perintah reman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI