fbpx
Pelajar mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka ketika membeli makanan di sebuah kantin sekolah.

Tak kisah bayar lebih asal anak cukup makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan ibu bapa sanggup mengeluarkan lebih belanja supaya anak mereka mendapat makanan yang secukup­nya semasa berada di sekolah.

Pekerja swasta, Md. Raduan­ Kassim, 41, berkata, dia memahami­ kenaikan kos bahan mentah yang berlaku ketika ini memberi kesan terhadap semua pihak termasuk pengusaha kantin.

“Saya fikir pengusaha kantin sekolah boleh mendapatkan persetujuan ibu bapa untuk menaikkan sedikit harga makanan yang munasabah, tetapi kalau boleh jangan kurangkan kuantiti ­hidangan.

“Perkara ini serius kerana ada ibu bapa bergantung kepada makanan di kantin sekolah untuk anak-anak mereka.

“Macam anak saya yang turut bergantung kepada makanan di kantin kerana perlu berada di sekolah sehingga petang disebabkan mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, kakitangan syarikat konsesi air, Mohd. Taufiq Manap, 42, pula berkata, pihak sekolah mungkin boleh membantu pengusaha kantin dengan memberi subsidi harga makanan.

Menurutnya, dia sebagai bapa berpandangan tidak me­ngapa jika berlaku sedikit kenaikan harga­ di kantin sekolah selagi anak­nya mendapat makanan yang mencukupi.

Katanya, kenaikan harga bahan mentah bukan di bawah kawalan pengusaha kantin dan mereka turut terkesan dengan keadaan semasa.

“Bagaimanapun, pengusaha kantin perlu memaklumkan kepada ibu bapa berapa kenaikan harga tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN