fbpx

Banjir di Johor tunjuk trend pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh membantu mengeluarkan seorang warga emas selepas rumahnya di Kampung Kechik Pagoh, Muar.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini kian pulih setelah seramai 464 mangsa banjir membabitkan 107 keluarga sudah pulang ke rumah masing-masing sejak awal pagi tadi sehingga pukul 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, sehingga kini, seramai 3,985 orang daripada 1,088 keluarga masih berada di 61 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah itu mencatatkan pengurangan berbanding seramai 4,449 mangsa daripada 1,195 keluarga di 66 PPS, pada pukul 8 pagi tadi.

Tambahnya, daerah Kluang yang sebelum ini menempatkan 128 mangsa daripada 38 keluarga di sebuah PPS juga sudah pulang ke kediaman masing-masing sekali gus PPS itu ditutup operasi.

“Walaupun jumlah keseluruhan itu berkurang, Muar masih menunjukkan peningkatan iaitu seramai 714 mangsa daripada 197 keluarga di sembilan PPS petang ini, berbanding 495 mangsa daripada 130 keluarga di lima PPS, pagi tadi.

“Walaupun bilangan mangsa banjir di Segamat menurun, daerah itu masih mengekalkan jumlah yang tinggi iaitu seramai 2,460 mangsa daripada 676 keluarga ditempatkan di 36 PPS setakat petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan memberitahu, dua lagi daerah yang semakin pulih ialah Mersing dengan 19 mangsa daripada lima keluarga di sebuah PPS dan Tangkak dengan 739 mangsa daripada 193 keluarga di 14 PPS.

Katanya, jumlah mangsa banjir Batu Pahat masih tidak berganjak dan kekal dengan seramai 53 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di sebuah PPS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI