fbpx

Cuaca buruk hampir di seluruh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengekalkan amaran cuaca waspada, buruk serta bahaya hampir di seluruh negeri pagi ini.

MetMalasia dalam laporan cuaca di laman YouTube berkata, amaran cuaca bahaya di keluarkan di kebanyakan kawasan di negeri Terengganu, Johor dan Pahang.

“Amaran cuaca buruk pula dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala amaran peringkat waspada melibatkan kawasan di Perak dan Kedah.

“Di Sabah, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan melibatkan Kudat dan Sandakan manakala di Sarawak membabitkan Kapit, Sibu, Sarikei dan persisiran Mukah,” katanya.

Bagaimanapun, menjelang petang nanti, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir berpotensi untuk berlaku di seluruh Semenanjung kecuali Perlis.

Katanya, ketika ini rantau negara masih menerima luruan angin Timur Laut dengan kelajuan yang agak kencang melebihi 60 km (kilometer) sejam dan ketinggian ombak boleh mencapai 4.5 meter.

Oleh itu, MetMalaysia juga mengekalkan amaran peringkat bahaya bagi keadaan laut bergeloran dan angin kencang di kawasan Condore, Reef North dan Palawan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya elakkan aktiviti luar dan letak barang berharga di tempat yang selamat serta sentiasa peka dengan keadaan cuaca,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI