fbpx
Anggota bertugas memantau keadaan sungai di kawasan tersebut.

Mangsa banjir Kota Marudu kekal 504 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA MARUDU – Seramai 504 orang mangsa banjir membabitkan 167 keluarga kekal ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) petang ini.

Setakat pukul 5 petang tadi, semua mangsa banjir kekal berada di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, seramai 253 mangsa banjir membabitkan 97 keluarga masih berada ditempatkan di PPS SMK Tandek.

“Manakala 251 mangsa melibatkan 70 keluarga lagi berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

“Pemantauan setakat ini menunjukkan keadaan banjir sudah semakin surut dan masih terkawal,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN