fbpx

‘Hulk’ Kurdistan tarik bas dua tingkat hampir 52 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majeed Yehya menarik sebuah bas berwarna merah yang dipenuhi 15 penumpang pada jarak 51.5 meter melalui pasar utama di Erbil. - YouTube

BAGHDAD – Seorang ahli bina badan dari wilayah Kurdistan, Iraq mempamerkan kekuatannya dengan menarik bas dua tingkat sejauh hampir 52 meter dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan  Guinness World Records, lapor agensi berita United International Press semalam.

Majeed Yehya, 51, yang merupakan seorang atlet angkat berat dan pemilik gymnasium itu menarik sebuah bas berwarna merah yang dinaiki oleh 15 penumpang itu pada jarak 51.5 meter melalui pasar utama di ibu negeri wilayah Kurdistan,  Erbil.

Dia melakukan aksi tersebut pada Selasa lepas.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube, lelaki itu dilihat dikelilingi orang ramai yang ingin memberi sokongan kepadanya sebelum acara bermula. 

Rakaman video dan bukti lain daripada percubaan itu telah diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi rekod dunia.

Majeed malah berharap agar panel hakim daripada badan yang mencatat rekod dunia itu datang ke Erbil untuk menyaksikannya memecahkan rekod seterusnya dengan mengangkat sebuah kapal terbang di lapangan terbang antarabangsa Erbil. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI