fbpx

‘Saya tak sedar ketika serahkan cincin perkahwinan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Hanya kerana termakan dengan kata-kata manis seorang lelaki yang mendakwa dirinya bomoh, seorang suri rumah terpaksa menyerahkan cincin perkahwinan dan pelbagai lagi barang kemas sebagai sebahagian syarat untuk mendapatkan perkhidmatan lelaki itu.

Menurut wanita berusia lingkungan 50-an itu, dia dan suaminya mengenali suspek berusia 30-an melalui seorang jiran yang mendakwa lelaki itu memiliki kemahiran berinteraksi dengan alam ghaib.

“Saya dan suami masih tidak dikurniakan zuriat selepas beberapa kali mengalami keguguran.

“Lelaki itu beritahu dia pandai berubat dan mendakwa kononnya bayi yang saya kan­dungkan sebelum ini telah diambil oleh orang kayangan. Lelaki itu juga mendakwa boleh berinteraksi dengan anak saya.

“Dia kemudian beritahu yang kononnya anak perem­puan saya meminta beberapa bentuk cincin termasuk cincin perkahwinan sebagai hadiah dan kenangan.

“Entah bagaimana saya boleh percayakan kata-katanya dan menye­rahkan cincin perkahwinan selain memindahkan wang beberapa kali kepada lelaki terbabit,” katanya.

Tambah wanita itu, dia juga telah diarahkan menghiaskan satu bilik di rumah kononnya untuk anak perempuannya itu.

“Selepas beberapa ketika, saya kemudiannya merasakan yang perbuatan ini salah dan berasa telah ditipu oleh lelaki itu.

“Walaupun kejadian ini telah lama berlaku, ia benar-benar memberi pengajaran kepada saya agar tidak terlalu mudah untuk mempercayai seseorang ko­nonnya bomoh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN