JAKARTA – Imej sebuah papan tanda yang memaparkan amaran kerja-kerja penutupan sebuah jambatan di Indonesia menjadi tular gara-gara kesilapan ejaan yang memberikan maksud berbeza, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi sekeping gambar yang dikongsikan di laman Instagram, nama jambatan tersebut telah dieja secara salah sehingga membawa maksud yang kurang enak.
Jambatan bernama Pelor itu dieja secara salah, di mana huruf ‘o’ dieja dengan huruf lain.
“Harap maaf kerana kerja-kerja membaik pulih Jambatan Pel*r sedang dilakukan. Jambatan ditutup sepenuhnya,” kata keterangan papan tanda tersebut.
Gambar papan tanda tersebut dikongsikan seorang pengguna dan menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa ‘malu’ kerana nama jambatan tersebut telah disalah eja.
“Siapa yang membuat papan tanda itu?” kata seorang netizen.
“Aduh, malu saya membacanya,” kata seorang lagi. – Agensi






