fbpx
Golongan lelaki bujang di AS kurang melakukan hubungan intim dan berada dalam keadaan tertekan akibat pandemik. - Alamy

Keinginan seksual lelaki bujang ketika pandemik menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALLAS, TEXAS – Satu kajian baharu mendapati sebanyak 81 peratus lelaki bujang di Amerika Syarikat (AS) mengakui bahawa pandemik Covid-19 telah menyebabkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan intim semakin menurun, dan ia kini bukan lagi dianggap satu keutamaan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kajian tahunan yang dilakukan oleh laman temu janji Match itu melibatkan lebih 5,000 lelaki bujang di AS yang berusia antara 18 hingga 98 tahun.

Ketua Penasihat Saintifik Match, Helen Fisher berkata, pandemik Covid-19 telah menurunkan keinginan seksual dalam kalangan lelaki.

“Apabila planet ini ‘terhenti’ seketika, anda tidak boleh menjangkakan bahawa psikologi manusia akan kekal sama.

“Golongan lelaki bujang kurang melakukan hubungan intim dan berada dalam keadaan tertekan. Kedua-dua faktor ini mengurangkan keinginan mereka terhadap aktiviti itu,” katanya.

Tambah Fisher, lelaki bujang kini mengakui bahawa mereka mencari hubungan jangka panjang yang stabil.

“Mereka lebih menghargai sesebuah hubungan dengan hanya 11 peratus lelaki bujang mahu berjanji temu secara kasual.

“Trend ini menggambarkan situasi di peringkat global. Ia boleh mendorong kepada kestabilan pembinaan keluarga dan perkahwinan yang bahagia,” tambah Fisher. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN