fbpx

Tiada ganjaran Shakam untuk Ziyad – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan tiada ganjaran diberikan kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui pada majlis pelacaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), KBS di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, atlet itu bakal menerima habuan oleh pihak lain dan ia tiada kena mengena dengan peruntukan daripada kerajaan.

“Saya akan berhubung dengan Ziyad bagi berbincang mengenai ganjaran berkenaan. Ada pihak lain yang ingin memberi tawaran kepada beliau Ziyad kerana melihat kejayaannya pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lalu itu.

“Apa bentuk ganjaran yang bakal diterima Ziyad tidak molek saya umumkan di sini kecuali beliau sendiri yang mahu maklumkan sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada adakah ganjaran bakal diterima itu daripada pihak swasta, korporat atau individu, Ahmad Faizal berkata, beliau enggan mendedahkan perkara itu dan pasti ia bukan dari pihak kerajaan.

“Tentunya kita faham bahawa dalam menguruskan perbelanjaaan kerajaan, tidak boleh sewenang-wenangnya kita beri ganjaran kerana ia tidak termasuk dalam SHAKAM. Namun, semua nampak bahawa Ziyad perlu diberikan sedikit ganjaran sewajarnya.

“Saya berterima kasih kepada rakan media kerana menghebahkan perkara ini yang kemudiannya membuka mata pihak lain yang ingin memberi ganjaran kepadanya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI