fbpx
Kelihatan seorang wanita dan anggota polis sedang berjalan menghala ke arah kereta terbabit. - Instagram/@banyuwangi_hitss

Kereta dipandu wanita masuk sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA- Seorang wanita di Indonesia dilaporkan menyebabkan keretanya terbabas ke dalamĀ  sawah padi ketika memandu dalam keadaan mengantuk, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu klip video tular yang dikongsikan di laman Instagram oleh pemilik akaun dengan nama @bayuwangi_hitss itu, kelihatan sebuah kereta berwarna kuning berada di tengah-tengah sawah padi di kawasan Karangbendo Rogojampi, Jawa Timur.Ā 

Rakaman itu turut memaparkan seorang wanita dan anggota polis berjalan menujuĀ  ke arah kereta terbabit.

Sementara itu, penduduk di kawasan berdekatan turut menyaksikan kejadian tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian dan komen netizen.

Ā “Petani menangis melihat kejadian ini,” kata seorang pengguna Instagram dengan nama @firda**. – AgensiĀ 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN