fbpx

Wanita bawa 23 ahli keluarga lain di janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan janji temu Lui membawa bersama 23 ahli keluarganya ke sebuah restoran. - Getty Images

BEIJING – Helah seorang wanita yang membawa bersama 23 orang ahli keluarganya ke sebuah janji temu dengan seorang lelaki untuk menguji sifat pemurah lelaki itu tidak menjadi apabila dia akhirnya terpaksa membayar sendiri bil makanan yang dipesan berjumlah AS$3,100 (RM12,857) lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut laporan akhbar tempatan Taizhou Evening News, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu keluar berjanji temu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Lui di sebuah restoran yang terletak di wilayah Zhejiang.

Akhbar itu turut melaporkan, ibu Lui telah mengatur temu janji tersebut kerana bimbang dengan anaknya yang masih solo.

Bagi membuatkan pasangannya kagum, Lui pada awalnya bersetuju untuk membayar makanan untuk janji temunya itu, tanpa mengetahui bahawa wanita itu membawa bersama ahli keluarganya yang lain.

Lui bagaimanapun meminta wanita itu dan keluarganya untuk membayar bahagian mereka.

Menurut pasangan Lui, dia berbuat begitu kerana mahu menguji sifat pemurah Lui sebelum memutuskan untuk menjalin hubungan dengan lelaki itu. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI