fbpx

Sembilan kluster baharu direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kluster tersebut dilaporkan di Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan, menjadi antara penyumbang kepada 6,145 kes harian negara.

Menurutnya, daripada jumlah jangkitan baharu dilaporkan hari ini, 12 kes adalah kes import dengan keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 2,390,687 kes.

“Selain itu, daripada 6,145 kes harian hari ini, 142 kes (2.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,003 kes (97.7 peratus) kategori satu dan dua.

“Pesakit sembuh daripada Covid-19 merekodkan sebanyak 9,231 kes dengan keseluruhan pesakit sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,270,520 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 682 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 350 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI