fbpx

Hujan, ribut petir di 12 buah negeri sehingga 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan dan ribut petir akan membadai beberapa kawasan di 12 buah negeri sehingga pukul 3 petang ini.

Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, bagi negeri Kedah, kawasan yang akan terlibat adalah Langkawi, manakala di Kelantan ia melibatkan daerah Bachok dan Pasir Puteh.

Bagi negeri Terengganu pula, antara daerah yang terlibat adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, manakala di Pahang ia membabitkan kawasan Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan.

Untuk negeri Selangor, hujan lebat dan ribut petir dijangka akan melanda kawasan Petaling, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta keseluruhan kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara itu, di bahagian Selatan tanah air iaitu negeri Johor, amaran cuaca ini turut dikeluarkan untuk kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Beralih ke negeri Sarawak, antara kawasan yang akan terlibat adalah Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis dan Miri) serta bagi negeri Sabah ia melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI