fbpx

Angin kencang, laut bergelora landa perairan utara Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Malaysia sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran laut bergelora yang dikeluarkan melibatkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Johor, Sabah Barat dan Labuan.

“Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang berkelajuan 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah ketinggian 3.5 meter (m), serta berbahaya kepada aktiviti bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, bagi aktiviti perkapalan pula, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di kawasan perairan selatan Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi sehingga 6 petang ini.

Selain itu, bagi keadaan cuaca di daratan pula, MetMalaysia menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) dan Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga 5 petang ini.

“Cuaca buruk sama turut dijangka di Limbang, Sarawak dan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI