fbpx

112 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM580,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan serbuan di pusat hiburan berkenaan malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 112 pengunjung pusat hiburan dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kompaun berjumlah RM580,000 itu dikeluarkan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur dalam satu serbuan yang dibuat pukul 9 malam tadi.

“Kompaun dikeluarkan terhadap 59 lelaki, 53 wanita serta kompaun RM25,000 kepada pemilik premis kerana melanggar SOP.

“Hasil serbuan polis turut merampas 80 botol minuman keras sebagai bahan bukti membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, polis turut melakukan ujian saringan air kencing secara rambang terhadap 32 pengunjung dan empat wanita serta dua lelaki dikesan positif dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tindakan kompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 3 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI