fbpx

1,000kg serbuk telur dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Maqis negeri melakukan pemeriksaan serbuk kuning telur dan putih telur yang dirampas pada Rabu lalu.

Oleh SYALMIZI HAMID

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 1,000 kilogram (kg) serbuk telur ketika pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth di sini Rabu lalu.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan kira-kira pukul 11.45 malam itu dibuat selepas pihaknya mendapati, produk berkenaan menggunakan maklumat tidak tepat dan mengelirukan pada permit import.

“Kita merampas sebanyak 1,000kg serbuk kuning telur dan serbuk putih telur yang bernilai RM25,156.92.

“Produk yang cuba dibawa masuk dari India itu disita untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI