fbpx

Hentian kucing dibina di Bandaraya Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURINA ABDUL RADI (kanan) menangkap kucing pada program pemandulan perdana 50 kucing jantan di Indera Mahkota Kuantan kelmarin.

KUANTAN – Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) merancang mewujudkan kawasan hentian khas untuk kucing jalanan di kawasan bandar raya ini yang akan dijadikan tempat pemberian makanan kepada kucing-kucing jalanan.

Pengerusi Kelab SKJP, Jurina Abdul Radi berkata, pada masa ini pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan peranginan di sekitar Bandaraya Kuantan dan usaha sedang giat dilakukan termasuklah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkaitan.

“Kita rancang untuk mewujudkan hentian kucing ini di kawasan tumpuan seperti di Benteng Sungai Kuantan berhampiran Tanjung Api, Taman Gelora, Pantai Teluk Cempedak dan Batu Hitam.

“Di tempat berkenaan akan dibina kawasan berbumbung bagi membolehkan kucing makan dan minum, sekaligus tidak mencemarkan kawasan sekitar pusat peranginan di daerah ini,” katanya pada program pemandulan perdana 50 kucing jantan jalanan di Indera Mahkota, di sini kelmarin.

Menurut Jurina, program pemandulan kucing julung kali diadakan itu merupakan inisiatif pihaknya bagi mengawal pembiakan kucing jalanan yang dilihat semakin bertambah terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, program yang diadakan itu mendapat Kerjasama Pasukan Tindakan Cemas Malaysia, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Beliau memberitahu pihaknya telah menangkap 50 ekor kucing di lima lokasi seperti di Jaya Gading, Taman Tas, Sungai  Isap, Indera Mahkota dan Pasar Besar Kuantan bagi tujuan pemandulan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI