fbpx
MENURUT Dr. Zaharuddin, pelaburan untuk mata wang kripto sama seperti pelaburan saham yang tidak menjamin keuntungan.

Wang Kripto bukan skim cepat kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGGUNAAN mata wang kripto kini hangat diperkatakan orang kerana ada pihak yang mendakwa telah menjadi kaya selepas membelinya pada waktu mula-mula ia diperkenalkan.

Apa yang menjadi persoalan, adakah mata wang digital seperti Bitcoin itu sah dari segi hukum syarak dan boleh diperdagangkan di negara ini.

Bagi menjawab banyak persoalan berhubung mata wang berkenaan, kolum Wawancara minggu ini membawakan Pakar Kewangan Islam dan juga Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang mengupas isu ini dengan baik dan lancar.
——————————————————————————————————————————————————————
SEIRING perkembangan dalam bidang teknologi, kini aset digital iaitu mata wang kripto dilihat menjadi instrumen pelaburan pilihan ramai.

Mata wang kripto seperti Bitcoin, litecoin, ethereum dan lain-lain lagi merupakan antara aset digital yang pantas berkembang dan ramai memilih untuk melabur dalam instrumen itu kerana diyakini mampu memberi pulangan besar.

Pelaburan itu boleh dilakukan di platform perkhidmatan tukaran mata wang kripto.

Malah, Malaysia sendiri pantas mengeluarkan peraturan atau kawal selia yang berkaitan mata wang kripto, sekali gus menyokong perkembangan instrumen pelaburan tersebut.

Melalui garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pelaburan wang kripto di negara ini sah dan dibenarkan.

Bagi membincangkan tentang wang kripto dari segenap aspek wartawan Kosmo! Ahad, Farid Ahmad Tarmiji berkesempatan menemu bual Pakar Kewangan Islam dan juga Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

KOSMO!AHAD: Mata wang kripto menjadi satu fenomena baharu yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Salah satunya adalah Bitcoin yang diumpamakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada di zaman ini. Persoalannya, adakah ia mata wang sah menurut kaca mata syarak dan boleh diniaga serta digunakan dalam transaksi jual beli?

DR. ZAHARUDDIN: Sebenarnya berlaku perbincangan daripada para ilmuwan Islam dari seluruh dunia dan masing-masing mempunyai pendapat berbeza dalam menentukan sama mata wang kripto layak untuk dijadikan mata wang dan mempunyai nilai untuk didagangkan.

Majoriti ulama berpendapat, ia mempunyai nilai yang boleh diiktiraf dari segi syarak dan boleh didagangkan.

Ini kerana, mata wang kripto ada ciri-ciri harta yang sah daripada sudut Islam berdasarkan empat mazhab.

Ciri harta pertama yang sah diiktiraf adalah kecenderungan manusia kepadanya sebagai ada nilai.
Kedua, mata wang kripto tidak diharamkan secara fizikal. Maka, ia bersifat neutral dan boleh dipertimbangkan.

Ciri ketiga pula, ia boleh disimpan dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan.

Terakhir, mata wang kripto mempunyai nilai sebagai harta kerana ia ada manfaat yang boleh digunakan pengguna walaupun tidak melibatkan keseluruhan manusia.

Sesuatu yang boleh dipasarkan di pasaran terbuka dan mempunyai nilai, maka ia boleh didagangkan.

Dalam Islam hukumnya adalah harus dahulu, tetapi jika berjaya dibuktikan mempunyai elemen haram barulah ia diharamkan.

Namun ada pihak berpendapat, mata wang kripto tidak layak untuk menjadi mata wang walapun ia boleh didagangkan.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Majlis Fatwa Perlis dan telah dibawa ke Muzakarah Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan bersetuju dengan ketetapan tersebut.

Oleh itu, mata wang kripto tidak layak untuk dianggap sebagai satu mata wang, tetapi ia diiktiraf sebagai satu bentuk aset digital yang mempunyai satu ekosistem lengkap.

Pada 2018, Bank Negara Malaysia tidak akan mengenakan sekatan secara pukal ke atas mata wang kripto termasuk Bitcoin, kerana tindakan sedemikian hanya akan menyekat inovasi dan kreativiti dalam sektor kewangan. Sehingga hari ini, adakah Bitcoin sah dari segi undang-undang di negara ini untuk digunakan sebagai mata wang memandangkan ada sebilangan premis menerimanya sebagai urus niaga?

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan tentang mata wang kripto.

Undang-undang negara ini telah membenarkan perdagangan ataupun pelaburan menggunakan mata wang kripto, tetapi ia terhad kepada lima sahaja iaitu Bitcoin, Bitcoin cash, litecoin, ethereum dan ripple.

Mata wang kripto juga haruslah dibeli di tiga platform pertukaran yang dilesenkan iaitu Sinergy Technologies dan Tokenize Tehcnology dan Luno Malaysia.

Ketiga-tiga platform pertukaran ini dipantau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi melindungi pelaburan daripada ditipu.

Aset digital ini diiktiraf di negara ini dan kini kita dapat melihat berlaku perdagangan mata wang kripto.

UNDANG-UNDANG negara ini membenarkan perdagangan ataupun pelaburan menggunakan mata wang kripto, tetapi ia terhad kepada lima sahaja iaitu Bitcoin, Bitcoin cash, litecoin, ethereum dan ripple.

Banyak orang mendakwa menjadi kaya setelah terlibat dalam pelaburan mata wang kripto sejak awal pengenalannya. Adakah ini benar atau sekadar untuk menyedapkan cerita bagi menarik orang ramai turut terbabit dalam urusan terbabit. Bagaimana Dr. melihat perkembangan ini?

Tidak dapat dinafikan, ada yang dapat menjana keuntungan besar dalam pelaburan mata wang kripto ini sehingga menjadi jutawan.

Tetapi ini semua bergantung kepada waktu dia membeli mata wang berkenaan.

Sesiapa yang membeli Bitcoin pada 2017, kini sebahagian daripada mereka telah menjadi jutawan.

Ini kerana, nilai untuk satu unit Bitcoin pada tahun itu adalah sekitar AS$2,000 (RM8,363) hingga AS$3,000 (RM12,544) dan pada tahun ini nilainya pernah melonjak paling tinggi sehingga AS$60,000 (RM250,890).

Jadi, mereka yang membeli Bitcoin pada 2017, bukan hanya ada satu Bitcoin, tetapi turut mempunyai satu Bitcoin cash. Itu adalah ilmu lebih teknikal iaitu melalui satu proses pengembangan atau fork.

Namun, sesiapa yang baru membeli Bitcoin, kita belum boleh mengetahui pulangan pelaburan yang diperoleh kerana nilai turun naiknya sangat dahsyat.

Oleh itu, bagi mereka yang melabur dalam instrumen ini harus mengkaji lebih mendalam kerana risikonya amat tinggi.

Jika benar orang boleh menjadi kaya dengan urus niaga wang kripto seperti Bitcoin, seolah-olah ia sama dengan skim cepat kaya yang banyak menjadikan ramai orang muflis. Bagaimana pendapat Dr. dalam hal ini?

Kebiasaannya, skim cepat kaya menjamin keuntungan, tetapi tidak bagi perdagangan wang kripto. Ia tidak boleh disamakan antara satu sama lain.

Pelaburan untuk mata wang kripto sama seperti pelaburan saham yang tidak menjamin keuntungan.

Seseorang itu harus mendalami ilmu teknikal terlebih dahulu dan mengetahui waktu terbaik untuk membeli dan menjual bagi menjana keuntungan.

Namun begitu, ada yang mengatakan ia sama seperti skim cepat kaya kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan mendakwa mahir dalam pelaburan mata wang kripto dan menjadi orang tengah untuk pelabur dan akhirnya menipu.

Kita sering mendengar berita tentang penahanan individu yang menjalankan aktiviti melombong Bitcoin di premis perniagaan di negara ini. Apakah yang sebenarnya berlaku dalam isu ini, jika ia sah mengapa mereka yang menjalankan aktiviti berkenaan ditangkap pihak berkuasa?

Perlombongan Bitcoin ini memerlukan tenaga elektrik yang banyak kerana ia menggunakan komputer super dan perlu menyelesaikan masalah matematik dalam perlombongan ini.

Perlombongan ini adalah satu cara untuk mengelakkan daripada berlaku penipuan dan komputer super akan melakukan kerja-kerja itu.

Inilah yang berlaku terhadap Bitcoin.

Dalam isu ini, perlombongan Bitcoin tidak menjadi kesalahan, tetapi orang yang mencuri tenaga elektrik untuk tujuan itu yang sepatutnya dipersalahkan.

UJAR Dr. Zaharuddin, majoriti ulama berpendapat, mnata wang kripto mempunyai nilai yang boleh diiktiraf dari segi syarak dan boleh didagangkan.

BNM juga telah mengeluarkan satu draf awal untuk konsultasi awam dalam memastikan setiap pasaran mata wang kripto tertakluk dibawah undang-undang Akta Anti Penggubahan Wang Haram atau Anti-Terrorism Financing Proceeds of Unlawful Activities (AMLA 2001). Adakah ia masih digunapakai kini bertujuan memastikan ketelusan aktiviti mata wang digital di negara ini?

Apa yang dibimbangkan, jika mata wang kripto ini dikeluarkan oleh pihak swasta.

Ia boleh dimanipulasi dan boleh mengelak daripada pemantauan pihak berkuasa.

Ini memudahkan aktiviti penyelewengan, penggubahan wang haram dan sebagainya.

Maka apa tindakan yang dilakukan oleh BNM adalah betul dan ia bertepatan dengan tindakan proaktif kerajaan negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura yang memantau hal ini.

Mereka tidak menyekat pasaran mata wang kripto, tetapi memantau dengan bijak supaya aktiviti haram dapat disekat.

Keghairahan orang ramai terhadap Bitcoin telah melonjakkan harganya ke tahap tinggi yang mana pada awalnya ditawarkan pada harga AS$65 (RM270) dan kini dikatakan harganya berada pada paras AS$6,281.76 (RM26,340). Setakat ini, adakah wang kripto terutamanya Bitcoin diterima oleh mana-mana negara sebagai mata wang yang sah untuk digunakan dalam urusan harian?

Lonjakan harga Bitcoin ini sama seperti fitrah kenaikan barang-barang komoditi lain disebabkan penawaran kurang daripada permintaan.

Apabila permintaan terhadap mata wang kripto bertambah dan penawarannya berkurang, ini yang akan melonjakkan harga aset digital ini.

Ada beberapa negara yang telah sudah menganggap mata wang kripto ini sebagai ‘egal tender iaitu mata wang sah
diperlakukan.

Tetapi negara kita tidak mengiktirafnya sebagai mata wang, maka kedudukannya tetap sebagai aset digital.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN