Tahniah lima pemenang minggu kelima Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS berakhirnya pertembungan derbi London antara Tottenham Hotspur dan Chelsea di Stadium Totteham Hotspur awal pagi semalam, maka berakhirlah saingan minggu kelima untuk Liga Fantasi Kosmo!

Tidak banyak keputusan yang mengejutkan kecuali kekalahan Spurs 0-3 kepada Chelsea dan keputusan seri dicatat oleh Manchester City ketika mereka dijangka mampu menjinakkan Southampton pada aksi di Etihad Sabtu lalu.

Bagaimanapun, bagi pengurus yang terus mengekalkan Cristiano Ronaldo di dalam pasukan masing-masing, ia sudah pastinya satu pelaburan yang berbaloi apabila bintang Manchester United itu terus selesa untuk menghasilkan jaringan.

Justeru, Kosmo! menerusi saingan Liga Fantasi Kosmo! minggu kelima kali ini menyenaraikan lima pasukan yang meraih mata tertinggi dan membolehkan pengurusnya meraih hadiah wang tunai bernilai RM200 setiap seorang.

Tahniah kepada lima pemenang minggu ini, bagi yang tidak memang boleh cuba pada minggu lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN