fbpx

Hospital Tumpat terima 15 katil mudah alih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminah Rusmin (kiri) menerima sumbangan katil mudah alih daripada Murtadhatumizi untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Tumpat. FOTO : YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Hospital Tumpat menerima sumbangan 15 buah katil mudah alih untuk kegunaan pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di pusat perubatan hospital berkenaan.

Katil tersebut disumbangkan oleh Murtadhatumizi Mustapha yang merupakan seorang ahli perniagaan di negeri ini.

Pengarah Hospital Tumpat, Dr. Aminah Rusmin Ghazali berkata, katil-katil tersebut akan digunakan oleh pesakit Covid-19 berisiko rendah untuk menjaga ahli keluarga mereka yang juga kritikal akibat jangkitan itu di hospital berkenaan.

“Hospital Tumpat banyak menerima sumbangan daripada semua pihak terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

“Ia melibatkan bantuan makanan yang sering diterima oleh petugas barisan hadapan di hospital ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tumpat di sini hari ini.

Sementara itu, Murtadhadumizi memberitahu, katil merupakan salah satu keperluan utama untuk keselesaan individu yang sedang menerima rawatan selain menampung keperluan pesakit Covid-19 di hospital. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN